PENDAFTARAN BAGI SESI 2016 TELAH DIBUKA
BORANG BOLEH DIPEROLEHI DI PEJABAT PERPADUAN DAERAH ATAU DI TABIKA PERPADUAN.
Tabika Taman Tualang Indah
Tuesday, November 24, 2015
Thursday, November 19, 2015
HARI GRADUASI TABIKA PERPADUAN TAMAN TUALANG INDAH 2015
Assalamualaikum dan Salam sehati sejiwa. :)
Pada 16 November 2015, telah diadakan Majlis Graduasi meraikan pelajar-pelajar.
Terdapat kategori Anugerah Pelajar Cemerlang, Kedatangan dan Kebersihan Terbaik.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat
pembaca-pembaca blog ini :)
Pada 30 Julai 2015 yang lepas, Tabika Perpaduan
Taman Tualang Indah telah mengadakan sebuah jamuan Hari Raya Aidil Fitri. :)
Alhamdulillah jamuan tersebut mendapat sambutan yang sangat meriah daripada
pelajar-pelajar tabika mahupun ibu bapa mereka sendiri.
Objektif jamuan ini diadakan adalah tidak lain dan
tidak bukan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ibu bapa
pelajar-pelajar serta guru-guru tabika. :)
Berikut antara gambar-gambar yang ingin saya
kongsikan buat pembaca sekalian. :)
Diharapkan sambutan sebegini akan diadakan lagi di
masa akan datang. Terima kasih semua! :)
PERTANDINGAN MEMBACA BAHASA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PAHANG
Assalamualaikum dan Salam sehati sejiwa buat pembaca Blog Tabika Perpaduan Taman Tualang Indah.
Saya ingin berkongsi sebuah video salah seorang anak murid saya dalam pertandingan Pintar Kreatif peringkat Negeri Pahang 2014.
Pelajar yang bernama Nur Nida Nisrina bt Mohamad Farid telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Membaca Surat Khabar Bahasa Malaysia Peringkat Negeri Pahang tahun 2014.
VISI, MISI & MOTO JPNIN SERTA FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
VISI
Menjadi agensi peneraju utama untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian di masyarakat Malaysia.
MISI
Mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan perlembagaan persekutuan, rukun negara dan gagasan 1 Malaysia.
MOTO
'Bersatu Kita Maju'
FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi :
Intelek
Rohani
Emosi
Jasmani
Berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang :
1. Berilmu
Pengetahuan
2. Berketrampilan
3. Berakhlak
Mulia
4. Bertanggungjawab
5. Berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri
6. Memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran Keluarga, Masyarakat dan Negara.
PENGENALAN DIRI
NAMA GURU:
HAMIDAH BINTI ABDUL RAZAK
HAMIDAH BINTI ABDUL RAZAK
ALAMAT TABIKA:
TABIKA PERPADUAN TAMAN TUALANG INDAH, 28400 MENTAKAB, PAHANG.
PENCAPAIAN DIRI:
TABIKA PERPADUAN TAMAN TUALANG INDAH, 28400 MENTAKAB, PAHANG.
PENCAPAIAN DIRI:
- GURU TERBAIK NEGERI PAHANG DAERAH TEMERLOH PERINGKAT NEGERI PAHANG 2013
- TEMPAT KETIGA INOVASI GURU PERINGKAT NEGERI 2014
- ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2014
- KINI SEDANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS
PENCAPAIAN TABIKA:
- 2012- NAIB JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI PAHANG
- 2014- JOHAN PERTANDINGAN MEMBACA SURAT KHABAR BAHASA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PAHANG
- 2014- JOHAN PERTANDINGAN MEMBACA DAN MELAKONKAN SKRIP BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI PAHANG
- 2014- NAIB JOHAN KATEGORI PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS TABIKA PERPADUAN TAHUN 2014 (SUDUT LANDSKAP)
- 2015- JOHAN PERTANDINGAN KECERIAAN TABIKA PERPADUAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2015 (SUDUT KEBERSIHAN DIRI)
- 2015- NAIB JOHAN PERTANDINGAN MEMBACA BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH 2015
Anugerah Guru Terbaik Negeri Pahang 2013 |
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 |
Antara gambar Pencapaian Tabika
Johan Pertandingan Keceriaan Kelas |
Johan Pertandingan Bintang Kreatif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris |
Subscribe to:
Posts (Atom)